Arafah
(Hari Wukuf)

Pada 24 Oktober 2012 (Rabu) bersamaan 8 Zulhijjah 1433, Jemaah bertolak menuju ke Arafah. Bagi jemaah yang mengerjakan Haji Tamattuk hendaklah memakai Ihram dan berniat Ihram Haji. Bagi jemaah yang mengerjakan Haji Ifrad mereka meneruskan berpakaian ihram dan tidak perlu berniat ihram.
Padang Arafah merupakan daerah terbuka dan luas yang terletak di sebelah timur luar kota suci Makkah, disinilah umat Islam menunaikan rukun wukuf

(Sebahagian khemah-khemah di Arafah)

(Penempatan sebahagian jemaah dari Malaysia)

(Khemah-khemah maktab 98)
  
Wukuf di padang Arafah merupakan salah satu rukun haji, bagi mengingati kembali peristiwa di mana Nabi Adam a.s. dan Hawa telah diturunkan ke bumi dari syurga atas sebab mengingkari perintah Allah dan terpedaya oleh tipu daya Iblis. Mereka telah dipisahkan di dunia ini dan mengambil masa 40 tahun untuk bertemu kembali. Tempat pertemuan mereka adalah di Padang Arafah iaitu di Jabar Rahmah. Di sinilah bertahun-tahun mereka memohon ampun daripada Allah. Akhirnya permohonan mereka diterima Allah.
 (Pintu masuk ke Maktab 98)

(Meneliti tempat tidor masing-masing)

 (Beg dijadikan bantal)

Pada 25 Oktober 2012 (Khamis) bersamaan 9 Zulhijjah Jemaah menunaikan solat Zohor dan Asar Jamak Takdim Tamam. Mereka mendengar khutbah, memperbanyakkan ibadah dan berdoa. Disunatkan juga mereka keluar ke tanah lapang untuk berdoa.

 (Tazkirah disampaikan oleh Mutawif)

 (Kusyuk mendengar tazkirah)


Mengikut riwayat Adam & Hawa setelah berdoa dan meminta keampunan daripada Illahi, akhirnya permohonan mereka diterima Allah.Wukuf di Padang Arafah pada 9 Zulhijjah bererti berhenti seketika di padang itu. Berada di padang Arafah dalam suasana hangat dan panas terik memberi peringatan awal kepada umat Islam mengenai keadaan di padang Mahsyar di mana semua manusia tanpa mengira bangsa,pangkat atau kedudukan akan dihimpunkan untuk menerima pengadilan berdasarkan amalan makruf dan mungkar mereka semasa di dunia.

 (Suasana luar khemah)

(Lorong khemah)

 (Pasukan Bomba Arab Saudi)
 
 (Lorong yang tenang)


Wukuf di padang Arafah merupakan salah satu rukun haji, bagi mengingati kembali peristiwa di mana Adam dan Hawa telah diturunkan ke bumi dari syurga atas sebab mengingkari perintah Allah dan terpedaya oleh tipu daya Iblis.


 (Petugas membantu menjaga kebersihan kawasan khemah)

(Khemah Jemaah Malaysia)

(Mengeratkan silaturahim)


Mereka telah dipisahkan di dunia ini dan mengambil masa 40 tahun untuk bertemu kembali! Di mana mereka bertemu? Tidak lain dari Padang Arafah iaitu di Jabar Rahmah. Di sinilah bertahun-tahun mereka memohon ampun daripada Allah. Akhirnya permohonan mereka diterima Allah.
(Suatu pengharapan di Arafah)

(Penempatan jemaah kami)


Maka, Padang Arafah ini menjadi tempat kita menyesali segala dosa yang pernah kita lakukan dan di situlah kita boleh memohon pengampunan daripada Allah semoga permintaan kita diterima. Dilaksanakan pada 8 atau 9 Zulhijjah.

(Lorong laluan)

(Rakaman di Arafah)

(Khemah Muslimat)

(Di luar khemah)

(Berehat menunggu makan tengah hari)

(Juadah tengah hari)

(Menjamu selera dalam khemah)

(Suasana malam di Arafah)

(Sempadan Arafah)

(Khemah-khemah di Arafah)

Setelah terbenam matahari jemaah akan bertolak ke Mudzalifah untuk bermabit (bermalam). Di Mudzalifah jemaah menunaikan solat Maghrib & Isyak secara Jamak Takhir. Jemaah hendak mengutip anak batu sebanyak 70 biji bagi tujuan melontar di Jamratul Aqabah, Wustha dan Ula.

(Suasana malam di Arafah)

(Memerlukan kesabaran)

(Sempadan Padang Arafah)

SUBHANALLAH

Comments

Popular Posts