Kaabah
(Baitullah)
(Baitullah)
Binaan Kaabah (الكعبة), yang merupakan kiblat bagi orang Islam terletak di Masjidil Haram di Mekah. Ia merupakan bangunan yang harus dikunjungi jemaah haji.
Menurut tradisi Islam, Kaabah dibina semula 12 kali. Para akademik dan sejarahwan berkata Kaabah dibina semula antara lima hingga 12 kali. Pembinaan pertama Kaabah dilakukan oleh Nabi Adam (as). Allah SWT menyatakan dalam al-Quran Kaabah adalah rumah pertama dibina untuk manusia menyembah Allah SWT. Selepas itu, Nabi Ibrahim (as) dan Nabi Ismail (as) membina semula Kaabah.
Lebar ukuran
Kaabah diasaskan oleh Nabi Ibrahim adalah seperti berikut: " Dinding
Timur adalah 48 kaki dan 6 inci " Dinding Hatim adalah 33 kaki " Dinding
antara Hajar Aswad dan sudut Yamani adalah 30 kaki " Dinding Barat
adalah 46.5 kaki Selepas ini berlaku beberapa pembinaan semula sebelum
masa Rasulullah (SAW). Pembinaan semula Kaabah oleh kaum Quraish
Rasulullah mengambil bahagian dalam salah satu daripada pembinaan semula
ini sebelum baginda menjadi Rasul.
(Kaabah sebelum hari Wukuf)
Selepas satu
banjir kilat, Kaabah mengalami kerosakan dan dindingnya retak. Ia perlu
dibina semula. Tugas ini dibahagikan antara empat puak Quraish.
Rasulullah turut membantu dalam usaha pembinaan semula ini. Setelah
dinding-dindingnya dibina semula, tiba masanya batu hajar aswad diletak
semula di tempatnya di dinding Timur Kaabah.
Pertelingkahan berlaku apabila tiba masa untuk menentukan siapa mendapat penghormatan meletakkan batu Hajar Aswad
itu. Apabila pertelingkahan hampir bertukar menjadi pergaduhan, Abu
Umayyah, penduduk tertua Makkah, mencadangkan agar lelaki pertama yang
memasuki pagar masjid pagi keesokkannya akan menentukan perkara
berkenaan.
Lelaki itu ialah
Rasulullah. Penduduk Makkah bergembira. "Ia adalah al-Amin. Ia adalah
Muhammad," jerit mereka. Baginda menghampiri mereka lalu mereka
memintanya supaya memutuskan perkara itu. Baginda bersetuju.
Rasulullah
mencadangkan agar batu hitam itu diletak di atas sehelai kain, setiap
bucu kain dipegang oleh seorang pemimpin puak. Kain itu diangkat ke
tempat batu itu hendak diletak. Rasulullah kemudian mengambil batu itu
dan meletakkannya di tempatnya di dinding Kaabah.
(Kaabah selepas hari Wukuf)
Bangunan yang berbentuk kubus berukuran 12 x 10 x 15 meter ini juga disebut dengan nama Baitullah dan Baitul Ateeq iaitu bermakna paling awal dan lama. Ia juga bermakna bebas dan merdeka.
(Baitullah Kaabah)
(Aktiviti Tawaf)
ALLAHUAKBAR
Comments
Post a Comment