Madinah Al Munawarah
(Perjalanan)
Pada hari Isnin, 20 September 622 masihi berlakunya penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w. dari Makkah ke Madinah. Ramai orientalis barat mengganggap tindakan ini ialah melarikan diri. Penghijrahan ini berlaku bukan kerana umat Islam takut akan ancaman puak Quraish Makkah tetapi adalah kerana jemputan penduduk Madinah sendiri.
Ramai ahli sejarah percaya bahawa sebelum hijrah Nabi Muhammad s.a.w. ke Yathrib, kota ini merupakan sebuah penempatan yang tidak maju seperti Makkahsama ada dalam segi pembinaan, masyarakat dan sebagainya. Yathrib diasaskan oleh Yathrib bin Mahlaeil. Kawasan ini subur dengan tanaman seperti buah-buahan, sayur-sayuran, dan kaya dengan air. Hal ini menyebabkan Yathrib dikunjungi dan akhirnya diduduki oleh manusia dari kawasan setempat. Pada tahun 455 SM, suku-suku Arab dari utara mengunjungi dan akhirnya menetap di Yathrib.
Menurut sumber-sumber Islam yang autentik seperti hadith, Madinah mempunyai dua buah puak yang berbeza (Aus dan Khazraj) di samping tiga buah suku Yahudi (Banu Qainuka'a, Banu Nadhir dan Banu Qurayza). Suku Aus dan Khazraj menguasai kota Yathrib tetapi sering berbalah antara satu sama lain dan asyik berperang sesama mereka. Mengikut ahli sejarah Islam, kedua-dua puak ini mengetahui akan kewujudan seorang rasul di Makkahyang mana pengikutnya sering diseksa oleh kaum Quraish Makkah. Mereka berbuat keputusan untuk berjumpa dengan rasul ini untuk mengatasi konflik di antara mereka.
Nabi Muhammad s.a.w. dan pengikutnya bersetuju untuk berhijrah ke Yathrib yang kemudiannya dikenali sebagai Madinah al-Munawwarah. Selepas tiba di Madinah Nabi Muhammad s.a.w. merangka sebuah perlembagaan bagi menyatupadukan penduduk Madinah. Perlembagaan itu dipersetujui oleh semua penduduk Madinah dan dikenali sebagai Piagam Madinah.
Selepas masyarakat Islam bertapak kuat di Madinah, kaum Quraish Makkah mula berasa terancam dengan kuasa baru ini. Pada tahun 627 masihi, tentera Makkah di bawah pimpinan Abu Sufyan menyerang Madinah. Abu Sufyan dikatakan meminta pertolongan Banu Qurayza salah sebuah suku Yahudi untuk menolong mereka menewaskan orang Muslim. MenurutSahih Bukhari, pertolongan Banu Qurayza terhadap Abu Sufyan telah melanggar perjanjian yang terdapat di dalam Piagam Madinah. Oleh kerana itu semua orang lelaki kaum itu dihukum bunuh setelah pengadilan dijalankan oleh Saad ibni Muadh.
Di bawah pemerintahan Khulafa al-Rasyidin, empayar Islam berkembang dengan pantas sehinggakan tentera Islam berjaya menakluk kota-kota yang penting seperti Damsyik, Baitulmuqaddis, Iskandariah, dan Baghdad. Selepas kematian khalifah keempat Khulafa al-Rasyidin iaitu Saidina Ali bin Abi Talib, Muawiyyah yang pada ketika itu merupakan gabenorDamsyik mengubah pusat pemerintahan kerajaan Islam ke Damsyik. Beliau kemudiannya menubuhkan dan mengasaskan Kerajaan Ummaiyyah. Kota Madinah kemudiannya hanya menjadi pusat keagamaan sahaja daripada menjadi pusat politik.
Pada tahun 1924, Madinah yang sudah lama berada di bawah kekuasaan Uthmaniyyah jatuh ke tangan Ibnu Saudyang kemudiannya menjadi Raja Arab Saudi.
Comments
Post a Comment