FROM KLIA 
to Jeddah International Airport

Penerbangan ke Jeddah tertangguh. Jemaah dari KT94 terpaksa menunggu lama di ruang berlepas sehingga jam 2.00am. Kami menaiki pesawat SV5713 dari Saudi Airlines.
 
Pengertian Haji:-
Mengunjungi Baitullah Al-Haram di Mekah untuk menunaikan segala perbuatan-perbuatan haji yang telah diperintahkan oleh Allah s.w.t. demi mengharapkan keredhaanNya pada masa tertentu dengan syarat-syarat tertentu.

Pengertian Umrah:-
Menziarahi Baitullah Al-Haram kerana mengerjakan ibadat tertentu mengikut syarat-syarat tertentu. 


Rukun Haji:-

1. Ihram, berniat bulat mengerjakan ibadah haji. Ibadah ini dimulai sesampai miqat (batas-batas yang telah ditetapkan). 


2. Wukuf di Arafah, ialah berhenti di padang Arafah sejak tergelincirnya matahari tanggal 9 Zulhijah sampai terbit fajar tanggal 10 Dzulhijah. 


3. Tawaf Ifadhah, ialah mengelilingi ka'bah sebanyak 7 kali, syaratnya : Suci, menutup aurat, Ka'bah berada disebelah kiri orang yang mengelilingi, memulai tawaf dari arah Hajar Aswat. 


4. Sa'i, ialah lari-lari kecil atau jalan cepat antara bukit Shafa dan Marwah. 


5. Mencukur/menggunting rambut. Sedikitnya memotong tiga helai rambut. 


6. Tertib, ialah menjalankan rukun haji secara berurutan.



 (Pesawat SV5713 Saudi Airlines berlepas jam 2:00 pagi)

 (Miqat di Qarnul Manazil)

Jenis-jenis Haji:-

Ibadat Haji terbahagi kepada beberapa jenis seperti yang dipersetujui oleh ulamak, iaitu:- 

1. Haji Tamattuk
 
2. Haji Qiran

 
3. Haji Ifrad

 
4. Umrah




 (Mendarat di Lapangan Terbang King Abdul Aziz, Jeddah)


Dam Haji:-

Pengertian dam dari segi bahasa ialah darah. Ia merupakan ibadah gantian yang berbentuk binatang ternakan yang disembelih atau digantikan dengan makanan atau puasa.

Sebab-sebab diwajibkan dam:-
 

1. Melanggar pantang larang dalam Ihram 

2. Meninggalkan perkara-perkara yang wajib dalam ibadat haji atau umrah 


3. Mengerjakan Haji Tamattu' atau Haji Qiran, menurut syarat-syaratnya 


4. Berlaku Ihsar bagi orang yang berniat ihram 


5. Melanggar Nazar semasa mengerjakan haji 


6. Luput Wuquf di Arafah 


7. Meninggalkan Tawaf Wada'

Dam yang dikenakan ialah menyembelih binatang ternakan seperti seekor kibasy, kambing atau satu pertujuh daripada lembu, unta atau kerbau. Jika tidak berkuasa, dikehendaki berpuasa selama 3 hari pada bulan haji & 7 hari apabila ia balik ke tempatnya.



Haji Mabrur:-

Haji mabrur bermaksud haji yang diterima. Ibn Kholawaih mentakrifkan alMabrur sebagai alMaqbul iaitu diterima. Dan ada yang mengatakan sesuatu yang tidak bercampur dengan dosa. Kemudian, diabsahkan oleh Imam Nawawi dengan pendapat tersebut (tidak bercampur dosa) 

Apabila merujuk kitab hadith yang muktabar seperti Sahih Bukhari, Imam Bukhari meletakkan bab yang khusus bertajuk ”Kelebihan Haji Mabrur”. Manakala, Imam Muslim meletakkan perbincangan haji yang diterima di dalam bab “Iman kepada Allah Taala seafdal-afdal amalan”.



 (Barisan bagasi Jemaah dari Wirasaujana)

 (Jemaah berehat sambil menunggu urusan passport dan bagasi)


 (Bas-bas yang akan menghantar para Jemaah ke tempat penginapan di Mekah)



 (Jemaah Berkumpul di Lapangan Terbang Jeddah)


 (Dengan harapan Haji yang Mabrur)

SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH, ALLAHUAKBAR

Comments

Popular Posts