Hari Tasriq
(Melontar 3 Jamarat)

Pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah, jemaah bermalam di Mina dan melakukan melontar ke tiga-tiga jamarat ia itu Jamarat Ula, Jamrat Wustha dan Jamrat Aqabah pada setiap hari berikut. Setiap lontaran dengan 7 biji anak batu bagi setiap jamarat.

(Jemaah mendengar penerangan dari ketua Mutawif)

(Aktiviti yang mengeratkan lagi silaturahim antara jemaah)

(Aktiviti masa lapang)

(Tazkirah daripada Mutawif)

Hari-hari Tasyrik dalam istilah Islam adalah merujuk kepada Hari Raya Aidiladha (jatuh pada hari ke-10) serta hari ke-11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah mengikut kalender Islam Hijrah. Pada hari-hari tersebut, umat Islam yang sedang melakukan ibadah Haji akan menyempurnakan amalan-amalan berkenaan dengan melakukan ibadah melontar di ketiga-tiga Jamrah; iaitu Jamratul Ula, Jamratul Wusta dan Jamratul Aqabah. Ibadah melontar jamrah ini dilaksanakan bersempena mengingati peristiwa Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s. yang melontarkan anak batu kepad syaitan apabila ia menjelma bagi mengganggu kosentrasi kedua-dua Nabi besar itu untuk melakukan ibadah korban sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah SWT.

(Beriadah)



Umat Islam boleh melakukan ibadah korban sehingga sebelumnya masuk waktu Maghrib 14 Zulhijjah. Begitu juga amalan bertakbir, juga disunatkan sehingga maghrib tersebut.


Takbir raya tidak semestinya dilaungkan di masjid sahaja mahupun selepas setiap waktu solat. Umat Islam digalakkan melaungkan lafaz takbir ini (pada masa-masa yang disunatkan/dibenarkan) di mana-mana sahaja. Di dalam kenderaan, waktu sedang memandu, di dalam rumah, waktu sedang menguruskan hal-hal kerja, bersantai, di jalanan ketika waktu pergi ke masjid atau surau dan di mana-mana sahaja mereka berada dan teringat hendak bertakbir. Mereka tidak perlu menunggu sampai di surau dan selepas solat baru hendak bertakbir.


(Snack Mina)

  (Ada juga makanan yang disedekahkan oleh pihak tertentu)

(Makan tengah hari)

(Tanda kesyukuran dengan rezeki yang ada)

(Menu harian di Mina)

(Makan begini menyelerakan)

(Menikmati hidangan tengah hari)

(Bergerak ke Jamarat waktu malam)

(Alhamdulillah, selesai melontar)

(Masing-masing hendak membuat rakaman)

(Rakaman selepas melontar)

(Jemaah dari Afrika)

(Rakan sebilik)

(Empat orang rakan sebilik di Mekah)


(Latar belakang Jamarat Aqabah)

(Mutawif gembira, jemaah semua selesai melontar)

(Tempat berkumpul selepas melontar)
Haram berpuasa  

Pada hari-hari Tasyrik, umat Islam (Muslim) sama sekali diharamkan untuk melakukan ibadat puasa, ini kerana Hari Tasyrik juga membawa maksud "Hari Makan Minum".


Hadis Rasulullah yang bermaksud: Dari Nubaisyah al-Hudzali RA katanya: ”Rasulullah bersabda: ”Hari-hari Tasyrik (10,11,12 dan 13 Zulhijjah) adalah hari-hari makan minum.”

(Hadis Riwayat Imam Muslim)


(Jemaah Wirasaujana KT94)

(Berjalan balik menuju ke khemah)

(Singgah dipertengahan jalan)



(Jemaah teringin hendak makan ayam goreng)

(Sambil menunggu ayam goreng)

(Bertemu dengan jemaah dari negara lain)

(Ini dari Tunisia dan Yaman)

(Kebanyakkannya dari Aljeria)

(Berjalan balik dengan ayam goreng)

(Bersama-sama menikmati ayam goreng)


(Hidangan malam sempena meraikan kejayaan melontar Jamarat)

Pada 29 Oktober 2012 (Isnin) bersamaan 13 Zulhijjah 1433, sebelum berangkat pulang ke Mekah, jemaah melakukan melontar Jamarat. Lontaran kali ini dijalankan pada waktu tengah hari. Ketika ini keadaan terowong sesak.

(Berhenti sebentar untuk menyusun strategi)

(Keadaan cuaca panas)

(Alhamdulillah jemaah selesai melontar tanpa masalah.)

(Menuju ke khemah untuk mengambil beg dan menunggu bas untuk ke Mekah)

(Perjalanan ke Jamarat)




SUBHANALLAH

Comments

Popular Posts